I got this from Berita Harian.....very enlightening....and tot it would be nice to post it here......read on...
PERBEZAAN DAHULU DAN SEKARANG
Dahulu: Isteri tidak pedulikan suami kerana tumpuan kepada anak-anak.
Kini: Isteri duduk semeja menemani suami makan.
Dahulu: Suami lebih banyak memendam dan jarang berbual.
Kini: Berkongsi pengalaman bersama isteri dan lebih banyak berkomunikasi.
Dahulu: Pasangan tidak lagi pergi dating.
Kini: Pastikan dapat luangkan masa untuk keluar bersama.
Dahulu: Semasa keluar bersama keluarga, suami berjalan dengan anak-anak lelaki sementara isteri dengan anak-anak perempuan.
Kini: Anak-anak berjalan di hadapan, mereka suami isteri di belakang sambil bergandingan tangan.
Dahulu: Cuma dua kali berkunjung ke pawagam bersama sejurus sahaja selepas berumah tangga.
Kini: Pergi ke pawagam secara tetap untuk menonton filem bersama tanpa anak-anak dan memilih filem yang boleh dijadikan iktibar.
Dahulu: Langsung tidak membantu isteri mencuci piring.
Kini: Ringan-ringankan tangan membantu mengemas rumah, mencuci piring selepas makan dan ikut isteri ke pasar.
Dahulu: Saling bertekak dan meninggikan suara apabila berselisih faham.
Kini: Angkat kaki masuk bilik atau keluar rumah untuk tenangkan fikiran agar keadaan reda.
Dahulu: Kerap libatkan anak-anak dan burukkan pasangan di hadapan mereka.
Kini: Menghurai masalah di luar pandangan anak-anak.
Dahulu: Kerap mendapat pandangan keluarga yang kadangkala berat sebelah.
Kini: Mencari orang perantara yang tidak berpihak.
Dahulu: Menyangka saluran yang ada hanya di mahkamah syariah.
Kini: Sedar Pusat Khidmat Keluarga yang berdekatan dapat membantu memberikan bantuan cara menangani masalah.
Dahulu: Menyangka kehadiran orang ketiga sebagai penawar duka dan penglipur lara.
Kini: Sedar bahawa orang ketiga itu akan hanya menambah masalah keluarga dan membawa bencana.
LIMA BAHASA CINTA
1) Luangkan masa bermutu
Apabila pasangan pulang keletihan, siapkan makanan untuknya dan usah terus tidur. Sebaliknya, temani pasangan di meja makan meskipun anda tidak makan bersamanya.
2) Berikan hadiah
Bagi anda, ia mungkin sesuatu yang kecil. Isteri mungkin beranggapan mengapa suami membuang duit untuk membelikan cincin sedangkan ia merupakan cara suami melahirkan rasa cinta dan kasih sayang.
3) Hulurkan bantuan
Temani dan bantu pasangan berbelanja di pasar atau semasa mencari barangan dapur. Bantu beliau membersihkan meja, melakukan kerja-kerja rumah atau sebagainya. Tawarkan khidmat.
4) Pengakuan
Berikan pasangan keyakinan tentang perasaan cinta anda. Beritahunya anda sentiasa berada di sisi untuk sama-sama melayari bahtera kasih bersama-sama tidak kira apa jua badai yang melanda.
5) Sentuhan
Ia amat penting. Pimpin dan dakap pasangan untuk memberikannya jaminan. Ia menjadi kian penting apabila perkahwinan mencapai usia senja.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




No comments:
Post a Comment